Sejarah sekolah
Sekolah Agama Felda Sungai Sibol ditubuhkan pada Januari 1980. Dimana pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Sibol. Pada tahun 1981 Sekolah Agama Felda Sungai Sibol telah berpindah kebangunan sendiri seperti mana yang ada sekarang. Pada awal penubuhannya terdapat dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi petang pada tahun 1980 dan sesi pagi pada tahun 1984.
Pada tahun 1984, dibina bangunan tambahan mempunyai dua bilik darjah dengan sumbangan kewangan Rm 18’000. Pada tahun 1986 didirikan pagar sekolah dengan kos Rm 3000
Pada tahun 1986 telah didirikan sebuah kantin sekolah dengan kos Rm 3000 sumbangan JKKR felda sungai sibol.
Pada 23 hb Disember 1992, Sekolah Agama Felda Sungai Sibol telah dinamakan Sekolah Agama Nurul Hidayah Felda Sungai Sibol setelah dipersetujui Badan Kebajikan Sekolah Agama Felda Sungai Sibol.