Salam ukhuwah ..selamat berhujung minggu...
Alhamdulillah satu program telah selamat dilaksanakan.
Pengalaman pertama menganjurkan sendiri Majlis Maulidur Rasul di sekolah amat mengujakan..
Sebelum ini kami menyambutnya bersama-sama warga Felda Sungai Sibol.
Apa pun, setiap pengalaman pertama pasti ada kekurangannya dan yang pastinya kami akan memperbaikinya agar program ini berlangsung dengan lebih baik lagi pada masa akan datang..insyaallah...
Untuk melihat gambar-gambar di sepanjang program sila klik di sini http://sksibol.blogspot.com/
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Saturday, February 23, 2013
Friday, October 7, 2011
Berita terkini Tentang Aktiviti Sekolah
Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Agak lama juga tidak mengemas kini blog sekolah ini.
Baru-baru ini sekolah telah menjalankan Kursus Sembelihan pada 30 September dan Kursus Motivasi bagi murid darjah 6 dan Darjah Khas pada 1 Oktober .
Penceramah yang dipanggil pula bukanlah calang-calang orangnya.
Bagi Kursus Sembelihan, Ustaz Sallehuddin merangkap Imam di Surau Taman Anggerik telah mengetuai aktiviti sembelihan ini.Beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih.
Tahniah untuk murid-murid yang berani mencuba.
Ayam -ayam telah disumbangkan oleh pengurus kilang ayam yang terdapat di Sg. Sayong.
Terima kasih diucapkan.
Bagi Kursus Motivasi pula ,penceramah yang telah dijemput khas iaitu Ustaz Salman dan Ustaz Muhaizan telah mencurahkan banyak ilmu dan tip-tip untuk berjaya.
Murid-murid diharapkan dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dikongsi dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan yang akan diduduki tidak lama lagi.(SDEA & SDKA)
Setakat ini dahulu dapat saya muatkan diruangan ini.Bagi mendapatkan gambar-gambar sekitar kursus yang telah dilaksanakan sila layari laman ini : http://sksibol.blogspot.com/2011/10/sekitar-kursus-sembelihan
Sekian dahulu..Jumpa lagi..

Subscribe to:
Posts (Atom)