Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama.
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan tersebut:-
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,
2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,
6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!"
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.
Sejarah sekolah
Sekolah Agama Felda Sungai Sibol ditubuhkan pada Januari 1980. Dimana pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Sibol. Pada tahun 1981 Sekolah Agama Felda Sungai Sibol telah berpindah kebangunan sendiri seperti mana yang ada sekarang. Pada awal penubuhannya terdapat dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi petang pada tahun 1980 dan sesi pagi pada tahun 1984.
Pada tahun 1984, dibina bangunan tambahan mempunyai dua bilik darjah dengan sumbangan kewangan Rm 18’000. Pada tahun 1986 didirikan pagar sekolah dengan kos Rm 3000
Pada tahun 1986 telah didirikan sebuah kantin sekolah dengan kos Rm 3000 sumbangan JKKR felda sungai sibol.
Pada 23 hb Disember 1992, Sekolah Agama Felda Sungai Sibol telah dinamakan Sekolah Agama Nurul Hidayah Felda Sungai Sibol setelah dipersetujui Badan Kebajikan Sekolah Agama Felda Sungai Sibol.