JellyPages.com

<>

Followers

Friday, October 7, 2011

Berita terkini Tentang Aktiviti Sekolah

Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Agak lama juga tidak mengemas kini blog sekolah ini.
Baru-baru ini sekolah telah menjalankan Kursus Sembelihan pada 30 September dan Kursus Motivasi bagi murid darjah 6 dan Darjah Khas pada 1 Oktober .

Penceramah yang dipanggil pula bukanlah calang-calang orangnya.
Bagi Kursus Sembelihan, Ustaz Sallehuddin merangkap Imam di Surau Taman Anggerik telah mengetuai aktiviti  sembelihan ini.Beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih.
Tahniah untuk murid-murid yang berani mencuba.
Ayam -ayam telah disumbangkan oleh pengurus kilang ayam yang terdapat di Sg. Sayong.
Terima kasih diucapkan.

Bagi Kursus Motivasi pula ,penceramah yang telah dijemput khas iaitu Ustaz Salman dan Ustaz Muhaizan telah mencurahkan banyak ilmu dan tip-tip untuk berjaya.
Murid-murid diharapkan dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dikongsi dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan yang akan diduduki tidak lama lagi.(SDEA & SDKA)

Setakat ini dahulu dapat saya muatkan diruangan ini.Bagi mendapatkan gambar-gambar sekitar kursus yang telah dilaksanakan sila layari laman ini : http://sksibol.blogspot.com/2011/10/sekitar-kursus-sembelihan

Sekian dahulu..Jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment

MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...