JellyPages.com

<>

Followers

Wednesday, September 12, 2012

Salam ceria..salam 1 Malaysia...
Baru-baru ini kita telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun.
Pelbagai sambutan diadakan di peringkat kebangsaan,negeri,daerah dan tak ketinggalan juga di peringkat sekolah.Dalam bulan September ini juga,kita masih meraikan hari raya Aidilfitri.
Maka boleh dikatakan sebagai Merdeka Raya...:)

Sekolah kami juga tidak ketinggalan menyambutnya.Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti mewarna,nyanyian lagu patriotik serta sajak.Murid-murid begitu bersemangat ketika menyanyikan lagu kemerdekaan.

Tahukah kita apa erti kemerdekaan?

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.(http://www.malaysiamerdeka.gov.my)

Jadilah rakyat yang mencintai tanahair dan bukan perosak bangsa,agama dan negara..

Satu Malaysia satu bahtera
Berganding bahu harus berjaya

 

Saturday, April 7, 2012



Apa nak tulis ni????
Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat pembaca di blog Sekolah Agama Felda Sungai Sibol ini ,moga kalian sentiasa ceria,sihat dan dirahmati Allah hendaknya.
Lama sungguh saya tidak menulis di ruangan ini.
Sebenarnya,banyak aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah.
Di sini saya akan muat naik gambar-gambar aktiviti yang telah dilaksanakan.

Sila klik di http://sksibol.blogspot.com/



Friday, October 7, 2011

Berita terkini Tentang Aktiviti Sekolah

Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Agak lama juga tidak mengemas kini blog sekolah ini.
Baru-baru ini sekolah telah menjalankan Kursus Sembelihan pada 30 September dan Kursus Motivasi bagi murid darjah 6 dan Darjah Khas pada 1 Oktober .

Penceramah yang dipanggil pula bukanlah calang-calang orangnya.
Bagi Kursus Sembelihan, Ustaz Sallehuddin merangkap Imam di Surau Taman Anggerik telah mengetuai aktiviti  sembelihan ini.Beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih.
Tahniah untuk murid-murid yang berani mencuba.
Ayam -ayam telah disumbangkan oleh pengurus kilang ayam yang terdapat di Sg. Sayong.
Terima kasih diucapkan.

Bagi Kursus Motivasi pula ,penceramah yang telah dijemput khas iaitu Ustaz Salman dan Ustaz Muhaizan telah mencurahkan banyak ilmu dan tip-tip untuk berjaya.
Murid-murid diharapkan dapat mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dikongsi dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan yang akan diduduki tidak lama lagi.(SDEA & SDKA)

Setakat ini dahulu dapat saya muatkan diruangan ini.Bagi mendapatkan gambar-gambar sekitar kursus yang telah dilaksanakan sila layari laman ini : http://sksibol.blogspot.com/2011/10/sekitar-kursus-sembelihan

Sekian dahulu..Jumpa lagi..


MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...